Thursday 17 March 2011

Bawakan kami barca!

Kg. Gelam- Penyerang suam-suam kuku Kg. Gelam FC,Wan Runi menjerit, 'bawa kami Barcelona !' dengan penuh kemuncak kepuasan selepas membantu, menolong dan melihat rakan sepasukannya membenam skuad kampung sebelah 2-1.

kelab kesayangan Wan Runi

 Nada suara yang penuh klaseman itu berpunca dari keyakinan baru selepas pasukannya itu berjaya menempah tiket ke suku akhir Liga Juara-Juara Dato' Kumbar menerusi kemenangan itu di padang SK Gelam kelmarin.

Cabaran daripada kelab-kelab biasa terhadap Barcelona bukanlah sesuatu yang baru. Di Goa Kingdom, juga terdapat kelab yang mendakwa tidak gentar terhadap pasukan Barcelona, yang dikatakan pasukan bola sepak terkuat di dunia.

Gejala dakwaan palsu dan langsung tidak lojik ini dikatakan berpunca daripada Wayne Rooney yang terasa klaseman selepas menumpaskan kelab suam-suam kuku Marseille di Trafford Tua semalam.

Sejurus selepas dakwaannya itu, penyerang-penyerang tidak terkenal di seluruh dunia bangkit menjadikan Rooney sebagai teladan dan turut berangan mimpi yang sama.

kemarau pelukan menjadikan Rooney gersang tak tentu pasal

Wan Runi yakin orang ramai mula membuka mata terhadap kehebatannya melihat rakan sepasukan menjaringkan gol. dia juga dikatakan tidak gentar terhadap libasan rambut Puyol dan silau kepala Valdes yang turut menggersangkan Van Persie.


sekadar gambar hiasan


Kalau menatang Wayne Rooney yang cemei tu buleh, awat aku takleh pulak?' katanya lagi dlam loghat Kedah.